Wednesday 21 September 2016

PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN

PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN

PPENGENALAN AHLI KUMPULAN

PENGENALAN AHLI KUMPULAN


NAMA:MUHAMMAD HAFIS BIN MUHAMMAD RAFI  
NO MATRIX:16DEM16F1061

NAMA:MUHAMMAD AFIFI ASYRAF BIN KAMAL
NO MATRIX:16DEM16F1062


NAMA:MUHAMMAD AFNAN SAFUAN BIN ABU SAMAN
NO MATRIX:16DEM16F1073

NAMA:SITI NAZHIRAH BINTI MOHD RODZI
NO MATRIX:16DEM16F1110

NAMA:KEVIN THAINESS THAVAMALAR
NO MATRIX:16DEM16F1080

DEFINISI

DEFINISI

vNEGARA YANG BEBAS DARIPADA KONGKONGAN DAN CENGKAMAN KUASA ASING YANG MENEKAN.
vKEBEBASAN BERMAKNA RAKYAT BERHAK MENGATUR DAN MEMILIH CORAK KEHIDUPAN MEREKA SEPERTI MEMPUNYAI SISTEM PEMERINTAHAN DAN PERLEMBAGAAN SENDIRI TANPA  TERIKAT DENGAN KUASA ASING.

PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN


1945-1955



1955, BRITISH TELAH MEMPERKENAL BEBERAPA LANGKAH KE ARAH PEMERINTAHAN  SENDIRI.
  • Memperkenalkan sistem pengudian
  • Mengadakan pilihanraya
  • Penubuhan beberapa parti politik

PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKETUAN TANAH MELAYU





Layanan pihak Inggeris yang tidak adil ini disedari oleh orang-orang Melayu ini membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris. Kesedaran ini menyebabkan segolongan orang Melayu mula menjalanakan tindakan. Langkah pertama yang dilaksanakan ialah menyatukan orang-orang Melayu. Sikap percayakan diri sendiri, martabat dan darjat orang-orang Melayu yang tertindas mesti dipulihkan. Sikap ini dianggap sebagai kebangkitan semangat nasionalisme Melayu.


Pada awal abad ke-19 dan 20, banyak perubahan telah berlaku di Negeri-negeri Melayu terutamanya dengan adanya campur tangan kuasa asing iaitu Inggeris (Bristish). Pada asalnya penduduk Tanah Melayu hanya terdiri dan masyarakat Bumiputera sahaja. Sedikit demi sedikit penduduk Tanah Melayu bertukar corak menjadi masyarakat yang terdiri dari pelbagagi kaum. Piahk Inggeris telah memperkenalkan sistem pemerintahan baru di Negeri-Negeri Melayu. Orang-orang British telah memainkan peranan yang besar dalam pemerintahan Negeri-negeri Melayu. Peranan ini semakin lama semakin kukuh. Pemerintah-pemerintah (sultan) dan pembesar-pembesar Melayu mendapati bahawa kuasa mereka disekat. Mereka semakin tunduk di bawah kuasa asing. Walaupun terdapat pembangunan ekonomi di Tanah Melayu pada awal abad ke-20, namun orang-orang Melayu tidak langsung menikmati faedahnya. Semua sistem perhubungan seperti jalan raya, landasan kereta api, hospital dan sekolah-sekolah hanya dibina di kawasan-kawasan yang ada kegiatan perdagangan orang-orang British. Kebanyakan kemudahan-kemudahan asas yang moden ini hanya ditempatkan di kawasan lombong bijih, ladang-ladang getah, di bandar dan di pelabuhan-pelabuhan. Pihak Inggeris tidak memberi perhatian yang sepatutnya untuk megubah corak kehidupan orang-orang Melayu terutamanya golongan petani.







Landasan kereta api di Bukit Besi pada abad ke-19






Pada tahun 1942, semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu bertambah subur. Faktor-faktor luar memainkan peranan penting dalam pembangunan semangat nasionalisme di Tanah Melayu, iaitu:


1. Pengaruh dari Nasionalisme Flipina yang berjaya mengusir penjajah Sepanyol.
2. Perang Rusia-Jepun telah memberi kesan yang mendalam terhadap semangat orang-         orang Melayu       untuk bangkit menentang penjajahan kuasa Barat.

3. Pengaruh dari Gerakan Pemuda Turki yang berjaya menebus kembali imej Turki

4. Pengaruh dari tarekat Islam Indonesia yang telah berjaya membangkitkan semangat            nasionalisme di Indonesia dan juga di Tanah Melayu.

Sungguhpun, semngat nasionalisme dan perjuangan orang Melayu di Tanah Melayu tidak begitu menonjol pada 1942, namun penglibatan golongan intelek Melayu amat ketara sekali.




PAKATAN MURNI DAN KERJASAMA ANTARA KAUM


Image result for pakatan murni dan kerjasama antara kaum
  1. Pakatan Murni merujuk kepada hasil usaha semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan.
  2. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah pelbagai kaum yang sebelum ini berpisah akibat dasar ‘pecah dan perintah’ BritisH
  3. Usaha-usaha ke arah pakatan murni ialah yang pertama, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada Januari 1949. Pada awalnya, CLC dianggotai oleh dua kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu dan Cina.
  4. Orang Melayu di bawah pimpinan Dato' Onn Ja'afar, manakala orang Cina di bawah pimpinan Tan Chen Lok. Pada bulan Ogos, CLC disertai oleh 6 wakil Melayu, 6 wakil orang Cina, 1 wakil dari kaum India, Serani dan Eropah.
  5. Langkah kedua ialah perundingan UMNO-CLC. Pada 1951 Presiden UMNO Dato' Onn Ja'afar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Apabila gagal, beliau meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
  6. Langkah seterusnya ialah persidangan di antara Gabenor Jeneral Asia Tenggara Sir Malcolm Macdonald dengan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman pada 1953.
  7. Tunku Abdul Rahman kemudian mengadakan konvesyen kebangsaan dan banyak parti politik di Tanah Melayu terlibat dengan konvesyen tersebut. Ia menjadi asas pembentukan Parti Perikatan

PILIHAN RAYA UMUM 1955

PILIHAN RAYA UMUM 1955
Image result for PILIHAN RAYA UMUM 1955

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.
Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada:
dan yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 81% daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang ditanding. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Malaysia mememangi satu kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak, dan mendapat nama samaran, "Encik Pembangkang" daripada lain-lain ahli Parlimen.
PAS yang telah ditubuhkan pada tahun 1951 adalah kesinambungan perjuangan Islam yang dibawa oleh Hizbul Muslimin. Kebanyakan pimpinanannya adalah pimpinan Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh British. Perjuangan PAS adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang mengamalkan nilai-nilai dan cara hidup Islam. Slogannya Allahu Akbar dan Merdeka. Rujukannya Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Tertakluk kepada 4 rujukan utama itu, kuasa tertinggi di dalam PAS adalah diputuskan di dalam muktamar.
Apabila diadakan Pilihanraya Umum yang pertama (1955) PAS berpandangan perlunya menyertai pilihanraya berkenaan sebagai satu saluran untuk PAS menyampaikan dakwah Islam di parlimen.
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun yang lalu, iaitu tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

Image result for PILIHAN RAYA UMUM 1955

RUNDINGAN KE ARAH KEMERDEKAAN

RUNDINGAN KEARAH KEMERDEKAAN.

 Image result for perundingan kemerdekaan tanah melayu
Ekoran daripada kejayaan besar yg diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan utk meneruskan desakan bg mempercepatkan kemerdekaan TM.
Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dlm tempoh yang terdekat ini, tidak semua pihak menunjukkan reaksi yang positif.
Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan utk berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.
Kenyataan Tunku Abd Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada kemusnahan Tanah Melayu.
Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri.

Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.
MISI KEMERDEKAAN DI LONDON
Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
Ia bertujuan  untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan TM.
Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu.
Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu:
i.Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957;
ii.Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi;
iii.Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini; dan
iv.Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid. 

SURUHANJAYA REID.
Telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini telah dipengerusikan oleh Lord William Reid.
Tugas suruhanjaya ini ialah:
   ØMerangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan tanah Melayu yang akan merdeka.
   ØMembentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
   ØMenjamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
   ØMewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
Pada Februari 1957 Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan.
Beberapa cadangan terpaksa dipinda bagi memuaskan hati semua pihak.
Antara perkara yang telah dipersetujui ialah:
   ØSebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat negeri.
   ØKerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.
   ØKedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain.
   ØInstitusi raja-raja melayu dan konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
   ØBahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
   ØAgama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan. Walau bagaimanapun agama lain boleh terus diamalkan.
Semua perkara tersebut telah dipersetujui oleh semua kaum di Tanah Melayu.
Persetujuan tersebut membolehkan pembentukan sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan.
Pemimpin Melayu dan bukan Melayu bersetuju dengan pakatan tersebut kerana ia boleh membawa kepada perpaduan.
Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957.
15 Ogos 1957 Perjanjian Merdeka 1957 telah ditanda tangani antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.