Wednesday 21 September 2016

RUNDINGAN KE ARAH KEMERDEKAAN

RUNDINGAN KEARAH KEMERDEKAAN.

 Image result for perundingan kemerdekaan tanah melayu
Ekoran daripada kejayaan besar yg diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan utk meneruskan desakan bg mempercepatkan kemerdekaan TM.
Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dlm tempoh yang terdekat ini, tidak semua pihak menunjukkan reaksi yang positif.
Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan utk berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.
Kenyataan Tunku Abd Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada kemusnahan Tanah Melayu.
Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri.

Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.
MISI KEMERDEKAAN DI LONDON
Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
Ia bertujuan  untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan TM.
Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu.
Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu:
i.Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957;
ii.Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi;
iii.Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini; dan
iv.Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid. 

SURUHANJAYA REID.
Telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini telah dipengerusikan oleh Lord William Reid.
Tugas suruhanjaya ini ialah:
   ØMerangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan tanah Melayu yang akan merdeka.
   ØMembentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
   ØMenjamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
   ØMewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
Pada Februari 1957 Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan.
Beberapa cadangan terpaksa dipinda bagi memuaskan hati semua pihak.
Antara perkara yang telah dipersetujui ialah:
   ØSebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat negeri.
   ØKerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.
   ØKedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain.
   ØInstitusi raja-raja melayu dan konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
   ØBahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
   ØAgama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan. Walau bagaimanapun agama lain boleh terus diamalkan.
Semua perkara tersebut telah dipersetujui oleh semua kaum di Tanah Melayu.
Persetujuan tersebut membolehkan pembentukan sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan.
Pemimpin Melayu dan bukan Melayu bersetuju dengan pakatan tersebut kerana ia boleh membawa kepada perpaduan.
Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957.
15 Ogos 1957 Perjanjian Merdeka 1957 telah ditanda tangani antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.

2 comments: