Wednesday 21 September 2016

PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKETUAN TANAH MELAYU





Layanan pihak Inggeris yang tidak adil ini disedari oleh orang-orang Melayu ini membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Inggeris. Kesedaran ini menyebabkan segolongan orang Melayu mula menjalanakan tindakan. Langkah pertama yang dilaksanakan ialah menyatukan orang-orang Melayu. Sikap percayakan diri sendiri, martabat dan darjat orang-orang Melayu yang tertindas mesti dipulihkan. Sikap ini dianggap sebagai kebangkitan semangat nasionalisme Melayu.


Pada awal abad ke-19 dan 20, banyak perubahan telah berlaku di Negeri-negeri Melayu terutamanya dengan adanya campur tangan kuasa asing iaitu Inggeris (Bristish). Pada asalnya penduduk Tanah Melayu hanya terdiri dan masyarakat Bumiputera sahaja. Sedikit demi sedikit penduduk Tanah Melayu bertukar corak menjadi masyarakat yang terdiri dari pelbagagi kaum. Piahk Inggeris telah memperkenalkan sistem pemerintahan baru di Negeri-Negeri Melayu. Orang-orang British telah memainkan peranan yang besar dalam pemerintahan Negeri-negeri Melayu. Peranan ini semakin lama semakin kukuh. Pemerintah-pemerintah (sultan) dan pembesar-pembesar Melayu mendapati bahawa kuasa mereka disekat. Mereka semakin tunduk di bawah kuasa asing. Walaupun terdapat pembangunan ekonomi di Tanah Melayu pada awal abad ke-20, namun orang-orang Melayu tidak langsung menikmati faedahnya. Semua sistem perhubungan seperti jalan raya, landasan kereta api, hospital dan sekolah-sekolah hanya dibina di kawasan-kawasan yang ada kegiatan perdagangan orang-orang British. Kebanyakan kemudahan-kemudahan asas yang moden ini hanya ditempatkan di kawasan lombong bijih, ladang-ladang getah, di bandar dan di pelabuhan-pelabuhan. Pihak Inggeris tidak memberi perhatian yang sepatutnya untuk megubah corak kehidupan orang-orang Melayu terutamanya golongan petani.







Landasan kereta api di Bukit Besi pada abad ke-19






Pada tahun 1942, semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu bertambah subur. Faktor-faktor luar memainkan peranan penting dalam pembangunan semangat nasionalisme di Tanah Melayu, iaitu:


1. Pengaruh dari Nasionalisme Flipina yang berjaya mengusir penjajah Sepanyol.
2. Perang Rusia-Jepun telah memberi kesan yang mendalam terhadap semangat orang-         orang Melayu       untuk bangkit menentang penjajahan kuasa Barat.

3. Pengaruh dari Gerakan Pemuda Turki yang berjaya menebus kembali imej Turki

4. Pengaruh dari tarekat Islam Indonesia yang telah berjaya membangkitkan semangat            nasionalisme di Indonesia dan juga di Tanah Melayu.

Sungguhpun, semngat nasionalisme dan perjuangan orang Melayu di Tanah Melayu tidak begitu menonjol pada 1942, namun penglibatan golongan intelek Melayu amat ketara sekali.




No comments:

Post a Comment